Monday, June 8, 2009

Huda - Bertunang

Majlis tunang Huda berlangsung pada 6 June 09 di Kota Damansara.

Huda membuat kunjungan pertama pada minggu terakhir bulan Mei untuk berbincang tentang pakej pertunangan. Pada 3 June 09, sekali lagi Huda datang ke lokasi NarR untuk membuat tempahan solekan bertunang. Terima kasih Huda atas kepercayaan anda.


Gambar atas : Sebelum solekan.


Gambar atas : Selepas solekan


Selamat bertunang untuk Huda. Saya tidak dapat menunggu majllis sarung cincin Huda pada pukul 2 sbb perlu ke majlis kahwin rakan lain pula..
Tarikh & lokasi : 6/6/09 & Seksyen 6, Kota Damansara
Wardrobe : Koleksi Huda
Aksesori : Andaman Narr
Make-up : Mimi dari Andaman Narr

Sunday, June 7, 2009

Pelamin Idaman

NarR sedang berusaha meningkatkan taraf kualiti pelamin dan kami dalam proses untuk menghasilkan sebuah pelamin yg menjadi trend masa kini, seperti contoh gambar dibawah dan bertemakan konsep hitam putih.


Jgn salah faham kerana gambar yg dipamerkan disini adalah untuk memudahkan anda membuat imaginasi berkenaan pelamin yg menjadi idaman kami untuk ditampilkan di setiap majlis pelanggan2 kami.

Apa yg kami ingin laksanakan ialah pelamin blok putih 3 panel sahaja. Dekorasi 100% berbeza dari dalam gambar yg dipamerkan di atas.

Antara ciri2 pelamin yg ingin kami tampilkan :
:: Pelamin blok putih 3 panel
:: Kerusi pelamin yg kami ada bukan seperti dalam gambar diatas.
:: Kain backdrop yg berbeza. Warna asas kain ialah putih / kain damas hitam putih.
:: Sedikit bunga di atas blok kayu putih tersebut.
:: Lampu yg berbeza / mungkin penggunaan spot light diletakkan di kiri kanan stage.
:: Alatan merenjis tidak tinggi seperti dlm gambar.
:: Bunga kiri dan kanan pelamin lebih kepada warna putih + gold

Ada beberapa pelanggan meminta NarR hasilkan pelamin berdasarkan ciri2 yg disebutkan diatas. Tapi memandangkan kami tiada koleksi gambar & tidak pernah lagi menghasilkan pelamin yg dimaksudkan, mereka berasa kurang yakin dgn kebolehan NarR.

Ingin diperjelaskan disini, walaupun NarR kekurangan koleksi gambar pelamin seperti yg dinyatakan, tapi kami berjanji akan menghasilkan sesuatu yg terbaik untuk pelanggan2 kami.

Sekiranya anda ingin mendorong NarR untuk terus maju kehadapan, dan ingin menempah pelamin baru kami ini, anda digalakkan untuk emelkan pertanyaan / tempahan anda ke naritahanimsbridal@gmail.com atau hubungi pihak NarR di 017-3316074

Lima pelanggan pertama yg membuat tempahan pelamin ini akan menerima harga sewaan pelamin yang istimewa dari harga biasa. (Tempahan diterima hanya untuk majlis yg berlangsung dalam tahun 2009 sahaja)

Thursday, June 4, 2009

Wani & Zamani

Selamat Pengantin Baru yer...

Terima kasih to Wani dan keluarga kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada NarR untuk menjadi sebahagian dari mereka2 yg menjayakan majlis perkahwinan mereka.


Wani pernah menggunakan servis NarR semasa majlis pertunangan nya tahun lepas.
Dan sekali lagi Wani memberi kepercayaan kapada kami untuk menyempurnakan majlis perkahwinan nya juga.

Dari mekap nikah & sanding, tempahan baju baru untuk nikah dan sanding, pelamin, hiasan bilik tidur, hiasan meja makan, arch, 3 tier kek dan 2000 pcs muffin sbg door gift perlu kami laksanakan untuk majlis perkahwinan ini.

Terima kasih sekali lagi untuk Wani & pasangan..


Tempahan kek pengantin 3 tingkat dari chepahcutecupcakes amat memuaskan. Kek pun sedap & presentationnya pun cantik.


Selamat pengantin baru untuk kalian dan mendapat zuriat yang comel2..

Tuesday, June 2, 2009

Majlis Pernikahan Wani

Wani on her nikah ceremony..


Date : 30 May 2009 (5pm)
Dress : Wani collection
Accesories : Andaman Narr @ NarR Bridal
Make-up : Mimi from Andaman Narr @ NarR bridal
Wani reception will update soon..

Monday, June 1, 2009

Ciri-ciri Hiasan Bilik Pengantin

Want to look simple & sweet.

Itulah salah satu 'brand' yang pihak Narr ingin ketengahkan dalam menata hias bilik Pengantin




Apa yang kami sediakan untuk hiasan bilik pengantin ialah cadar, sarung bantal, kelambu dan beberapa aksesori tambahan yang sesuai.

Apa yang penting, bilik pengantin seharusnya tidak sarat dengan hiasan yang melampau. Ada sedikit tips yang pernah saya baca dari salah satu artikel (lupa dari mana artikel itu).

1. Jangan letakkan barangan hantaran diatas katil, kerana barangan hantaran yang lima hingga ke sembilan dulang akan menjadikan katil nampak serabut. Dan dulang hantaran yang menampung barang yg agak berat akan terbalik jika diletakkan diatas tilam yang lembut.

2. Susun atur katil, katil lebih elok diletakkan dihadapan pintu bilik. Selalunya tetamu akan mencari bilik pengantin kerana ingin melihat hiasan katil / pengantin yg berada di dalam bilik. Jadi apabila katil diletakkan di depan pintu, tetamu hanya akan melihat hiasan katil / pengantin dari pintu bilik saja tanpa bersesak masuk ke dalam bilik..

3. Lebih molek sekiranya dalam bilik pengantin hanya ada katil, almari pakaian, meja solek dan meja sisi katil. Supaya tidak menampakkan kesempitan dalam bilik pengantin.

4. Apa yang penting, bilik pengantin anda bukannya ruang untuk saudara mara anda bersiap. Contohnya turut bersolek dan memakai pakaian dalam bilik tersebut. Bilik pengantin adalah khas untuk anda seorang saja gunakan semasa proses bersolek dan persiapan sebelum majlis bersanding..

Sunday, May 31, 2009

Dekorasi Meja Santapan

Look simple & sweet.


Narr masih lagi mengekalkan 'brand' simple & sweet untuk meja santapan pengantin.


Gambar atas : Gambar kurang jelas




Hiasan yang simple & sweet ditambah pula hidangan yang menyelerakan


Berselera pengantin menjamu selera.



Untuk hiasan meja makan pengantin, pihak Narr menyediakan hiasan yang difikirkan sesuai dengan lokasi terletaknya meja santapan tersebut.


Jika di kawasan terbuka, hiasan yang sederhana seperti jambangan bunga dan lilin sahaja.

Sunday, May 24, 2009

Fotoshoot - Putrajaya

Fotoshoot berlangsung pada 17 May 2009 di Taman Botanic, Putrajaya. Dengan kerjasama Atikah Yusuf dari http://blog.ayphotography.com/















Saturday, May 23, 2009

Kotak Hantaran

Dear bakal pengantin,

Andaman Narr menyediakan sewaan kotak untuk hantaran. Sesuai utk tema warna hijau atau pink.

Harga sewaan = RM60 yang mengandungi 2 unit - L size, 2 unit - M size dan 1 unit - S size



Sewaan dulang hantaran + alas dulang hantaran = RM8 per unit.
Hanya mempunyai warna gold & ungu buat masa ini.

Andaman Narr masih dalam usaha menambahkan lagi koleksi sewaan barangan hantaran kepada bakal pengantin.



Tuesday, May 5, 2009

Pakaian Pengantin Lace untuk disewa

Selain koleksi songket, Andaman Narr @ Narr Bridal menawarkan harga promosi pakaian pengantin untuk setiap sewaan tanpa pakej. Anda boleh membuat tempahan antara 6 May 09 sehingga 6 Jun 09 untuk majlis perkahwinan yang berlangsung sepanjang tahun 2009.
FR01 - French Lace Cream + Satin Maroon
Promosi Sewaan = RM400
Harga asal sewaan = RM450
FR02 - French Lace Biru + satin Putih
Promosi Sewaan = RM400
Harga asal sewaan = RM450

L01 - Lace Putih + Satin Biru
Promosi Sewaan = RM280
Harga asal sewaan = RM350
L02 - Lace Cokelat
Promosi Sewaan = RM280
Harga asal sewaan = RM350

L02 - Lace Off White Promosi Sewaan = RM280 Harga asal sewaan = RM350


L03 - Lace Gold
Promosi Sewaan = RM280
Harga asal sewaan = RM350


L04 - Lace Pink
Promosi Sewaan = RM280
Harga asal sewaan = RM350



L05 - Lace Cream (XL size)
Promosi Sewaan = RM280
Harga asal sewaan = RM350


L06 - Lace Pink
Promosi Sewaan = RM230
Harga asal sewaan = RM300

L07 - Lace Orange (Kebaya Indonesia)
Promosi Sewaan = RM80
Harga asal sewaan = RM150
Harga Jual = RM150


L08 - Lace Cream (Kebaya Indonesia)
Promosi Sewaan = RM80
Harga asal sewaan = RM150


L09 - Gaun Putih + Blazer
Promosi Sewaan = RM120
Harga asal sewaan = RM200


L10 - Lace Putih + Blazer
Promosi Sewaan = RM80
Harga asal sewaan = RM150

Rgrds
Andaman Narr @ Narr Bridal
Tel : 017-3316074
Emel : naritahanimsbridal@gmail.com

Thursday, April 30, 2009

Tawaran Harga Koleksi Songket

saya ingin memberi sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung2 blog Andaman Narr yang sudi melihat hasil kerja kami melalui blog ini.

Suka saya ingatkan disini, Andaman Narr@Narr Bridal adalah sebuah perniagaan industri perkahwinan yang beroperasi secara kecil2an dari salah sebuah unit pangsapuri di Apartment Flora Damansara. Memang agak sukar jika pelanggan-pelanggan ingin melihat ke showroom kami dan membuat perbincangan sekiranya anda tidak mengetahui lokasi sebenar apartment tersebut. Saya memohon ribuan kemaafan jika para pelanggan agak sukar mencari lokasi premis kami. Namun, saya sering memberitahu kepada pelanggan bahawa lokasi apartment Andaman Narr terletak di kawasan Damansara Perdana dan berhampiran IKEA & The Curve.

Ada juga pelanggan yang merungut 'sudahlah sukar mencari lokasi, tapi apa yg dipamerkan di showroom kami tidak seperti apa yg dijangka...'

Saya sedar, dlm usia setahun jagung masih byk kekurangan yg perlu kami baiki dan atasi demi memuaskan kehendak pelanggan dan meningkatkan taraf servis kami.

Buat masa ini, di apartment ini lah saja kami beroperasi dan memang kami mempunyai niat untuk berpindah ke lokasi baru yg lebih selesa.

KOLEKSI SONGKET UNTUK DISEWA

Oleh itu, disini kami pamerkan koleksi songket yg ada dalam simpanan Andaman mailto:Narr@Narr Bridal untuk memudahkan para pelanggan membuat pilihan. Jika pelanggan berkenan dengan salah satu songket yg kami pamerkan, anda boleh menghubungi kami untuk pertanyaan lanjut dan tempahan.

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, semestinya majlis perkahwinan akan berlangsung disana sini. Kali ini Andaman Narr @ Narr Bridal memberi harga istimewa untuk sewaan pakaian songket tanpa package.

Songket bunga tabur warna cokelat, ungu, marron, biru = RM280 (harga sewaan asal:RM350)
Songket bunga penuh warna putih silver = RM250 (harga sewaan asal: RM350)

Songket bunga tabur cokelat

Songket bunga tabur Ungu


Songket bunga tabor marron


Songket bunga tabur biru



Songket bunga penuh silver putih
Harga sewaan baju adalah termasuk aksesori asas:~
Perempuan : tudung, veil, bunga tangan, crown, kasut
Lelaki : sampin & tanjak, keris dan rantai lelaki
Para pelanggan boleh membuat tempahan sewaan dengan harga promosi ini sepanjang bulan Mei 2009 dan tarikh majlis anda adalah untuk sepanjang tahun 2009 sahaja..


Saturday, April 18, 2009

Sekilas Infor..

Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi melawat laman blog Narr. Di sini kami ingin gambarkan kepada anda showroom Andaman Narr yang terletak di salah satu unit apartment di Bandar Damansara Perdana.


Anda dinasihatkan membuat temujanji terlebih dahulu jika anda berminat untuk berbincang secara detail mengenai pakej perkahwinan dan melawat ke showroom kami.

Buat masa ini waktu fleksibel kami untuk menerima sebarang kunjungan dari para pelanggan adalah seperti berikut:
:: Isnin hingga Jumaat ~~ 8.30pm to 10.30pm
:: Sabtu & Ahad ~~ 10.30am to 10.30pm

Terlebih dahulu, kami memohon maaf sekiranya terdapat kesulitan para pelanggan berkunjung ke lokasi kami. Perancangan Narr buat masa ini ingin mencari lokasi yang lebih memudahkan para pelanggan berkunjung ke showroom kami.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah datang ke showroom Narr. Kami hargai segala sokongan anda semua dan terima kasih kerana memahami situasi kami...

Thursday, April 16, 2009

Kenal Kami..

Narr Bridal @ Andaman Narr telah ditubuhkan pada December 2006 yang lalu. Alhamdulilah, atas sokongan dari pelbagai pihak, Narr Bridal @ Andaman Narr mula dikenali di kalangan bakal mempelai. Dengan motto 'Abadikan Kenangan Terindah' Narr Bridal @ Andaman Narr berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik khas untuk bakal mempelai sebagai kenangan terindah mereka.

Jangan keliru, Andaman Narr atau Narr Bridal adalah satu butik pengantin yang sama. Buat masa ini, Narr Bridal @ Andaman Narr mempunyai lebih kurang 30 koleksi pakaian pengantin dari pelbagai warna dan design. Bakal mempelai boleh datang ke showroom kami yang terletak di Bandar Damansara Perdana (by appointment only) untuk memilih baju pengantin pillihan mereka. Jika kalangan mempelai yang inginkan sepasang pakaian pengantin baru mengikut tema warna dan design mereka, Narr Bridal @ Andaman Narr akan 'Abadikan Kenangan Terindah' mereka melalui pakaian pengantin mengikut design yang diingini.

Narr Bridal @ Andaman Narr juga menyediakan pakej perkahwinan dengan harga yang berpatutan. Bagi bakal mempelai yang mempunyai budget yang minima, Narr Bridal @ Andaman Narr lah tempatnya untuk mempelai mencari pakej perkahwinan yang diingini..