Itulah salah satu 'brand' yang pihak Narr ingin ketengahkan dalam menata hias bilik Pengantin
Apa yang kami sediakan untuk hiasan bilik pengantin ialah cadar, sarung bantal, kelambu dan beberapa aksesori tambahan yang sesuai.
Apa yang penting, bilik pengantin seharusnya tidak sarat dengan hiasan yang melampau. Ada sedikit tips yang pernah saya baca dari salah satu artikel (lupa dari mana artikel itu).
1. Jangan letakkan barangan hantaran diatas katil, kerana barangan hantaran yang lima hingga ke sembilan dulang akan menjadikan katil nampak serabut. Dan dulang hantaran yang menampung barang yg agak berat akan terbalik jika diletakkan diatas tilam yang lembut.
2. Susun atur katil, katil lebih elok diletakkan dihadapan pintu bilik. Selalunya tetamu akan mencari bilik pengantin kerana ingin melihat hiasan katil / pengantin yg berada di dalam bilik. Jadi apabila katil diletakkan di depan pintu, tetamu hanya akan melihat hiasan katil / pengantin dari pintu bilik saja tanpa bersesak masuk ke dalam bilik..
3. Lebih molek sekiranya dalam bilik pengantin hanya ada katil, almari pakaian, meja solek dan meja sisi katil. Supaya tidak menampakkan kesempitan dalam bilik pengantin.
4. Apa yang penting, bilik pengantin anda bukannya ruang untuk saudara mara anda bersiap. Contohnya turut bersolek dan memakai pakaian dalam bilik tersebut. Bilik pengantin adalah khas untuk anda seorang saja gunakan semasa proses bersolek dan persiapan sebelum majlis bersanding..
No comments:
Post a Comment