Thursday, April 30, 2009

Tawaran Harga Koleksi Songket

saya ingin memberi sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung2 blog Andaman Narr yang sudi melihat hasil kerja kami melalui blog ini.

Suka saya ingatkan disini, Andaman Narr@Narr Bridal adalah sebuah perniagaan industri perkahwinan yang beroperasi secara kecil2an dari salah sebuah unit pangsapuri di Apartment Flora Damansara. Memang agak sukar jika pelanggan-pelanggan ingin melihat ke showroom kami dan membuat perbincangan sekiranya anda tidak mengetahui lokasi sebenar apartment tersebut. Saya memohon ribuan kemaafan jika para pelanggan agak sukar mencari lokasi premis kami. Namun, saya sering memberitahu kepada pelanggan bahawa lokasi apartment Andaman Narr terletak di kawasan Damansara Perdana dan berhampiran IKEA & The Curve.

Ada juga pelanggan yang merungut 'sudahlah sukar mencari lokasi, tapi apa yg dipamerkan di showroom kami tidak seperti apa yg dijangka...'

Saya sedar, dlm usia setahun jagung masih byk kekurangan yg perlu kami baiki dan atasi demi memuaskan kehendak pelanggan dan meningkatkan taraf servis kami.

Buat masa ini, di apartment ini lah saja kami beroperasi dan memang kami mempunyai niat untuk berpindah ke lokasi baru yg lebih selesa.

KOLEKSI SONGKET UNTUK DISEWA

Oleh itu, disini kami pamerkan koleksi songket yg ada dalam simpanan Andaman mailto:Narr@Narr Bridal untuk memudahkan para pelanggan membuat pilihan. Jika pelanggan berkenan dengan salah satu songket yg kami pamerkan, anda boleh menghubungi kami untuk pertanyaan lanjut dan tempahan.

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, semestinya majlis perkahwinan akan berlangsung disana sini. Kali ini Andaman Narr @ Narr Bridal memberi harga istimewa untuk sewaan pakaian songket tanpa package.

Songket bunga tabur warna cokelat, ungu, marron, biru = RM280 (harga sewaan asal:RM350)
Songket bunga penuh warna putih silver = RM250 (harga sewaan asal: RM350)

Songket bunga tabur cokelat

Songket bunga tabur Ungu


Songket bunga tabor marron


Songket bunga tabur biru



Songket bunga penuh silver putih
Harga sewaan baju adalah termasuk aksesori asas:~
Perempuan : tudung, veil, bunga tangan, crown, kasut
Lelaki : sampin & tanjak, keris dan rantai lelaki
Para pelanggan boleh membuat tempahan sewaan dengan harga promosi ini sepanjang bulan Mei 2009 dan tarikh majlis anda adalah untuk sepanjang tahun 2009 sahaja..


No comments:

Post a Comment