Thursday, April 30, 2009

Tawaran Harga Koleksi Songket

saya ingin memberi sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung2 blog Andaman Narr yang sudi melihat hasil kerja kami melalui blog ini.

Suka saya ingatkan disini, Andaman Narr@Narr Bridal adalah sebuah perniagaan industri perkahwinan yang beroperasi secara kecil2an dari salah sebuah unit pangsapuri di Apartment Flora Damansara. Memang agak sukar jika pelanggan-pelanggan ingin melihat ke showroom kami dan membuat perbincangan sekiranya anda tidak mengetahui lokasi sebenar apartment tersebut. Saya memohon ribuan kemaafan jika para pelanggan agak sukar mencari lokasi premis kami. Namun, saya sering memberitahu kepada pelanggan bahawa lokasi apartment Andaman Narr terletak di kawasan Damansara Perdana dan berhampiran IKEA & The Curve.

Ada juga pelanggan yang merungut 'sudahlah sukar mencari lokasi, tapi apa yg dipamerkan di showroom kami tidak seperti apa yg dijangka...'

Saya sedar, dlm usia setahun jagung masih byk kekurangan yg perlu kami baiki dan atasi demi memuaskan kehendak pelanggan dan meningkatkan taraf servis kami.

Buat masa ini, di apartment ini lah saja kami beroperasi dan memang kami mempunyai niat untuk berpindah ke lokasi baru yg lebih selesa.

KOLEKSI SONGKET UNTUK DISEWA

Oleh itu, disini kami pamerkan koleksi songket yg ada dalam simpanan Andaman mailto:Narr@Narr Bridal untuk memudahkan para pelanggan membuat pilihan. Jika pelanggan berkenan dengan salah satu songket yg kami pamerkan, anda boleh menghubungi kami untuk pertanyaan lanjut dan tempahan.

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, semestinya majlis perkahwinan akan berlangsung disana sini. Kali ini Andaman Narr @ Narr Bridal memberi harga istimewa untuk sewaan pakaian songket tanpa package.

Songket bunga tabur warna cokelat, ungu, marron, biru = RM280 (harga sewaan asal:RM350)
Songket bunga penuh warna putih silver = RM250 (harga sewaan asal: RM350)

Songket bunga tabur cokelat

Songket bunga tabur Ungu


Songket bunga tabor marron


Songket bunga tabur biru



Songket bunga penuh silver putih
Harga sewaan baju adalah termasuk aksesori asas:~
Perempuan : tudung, veil, bunga tangan, crown, kasut
Lelaki : sampin & tanjak, keris dan rantai lelaki
Para pelanggan boleh membuat tempahan sewaan dengan harga promosi ini sepanjang bulan Mei 2009 dan tarikh majlis anda adalah untuk sepanjang tahun 2009 sahaja..


Saturday, April 18, 2009

Sekilas Infor..

Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi melawat laman blog Narr. Di sini kami ingin gambarkan kepada anda showroom Andaman Narr yang terletak di salah satu unit apartment di Bandar Damansara Perdana.


Anda dinasihatkan membuat temujanji terlebih dahulu jika anda berminat untuk berbincang secara detail mengenai pakej perkahwinan dan melawat ke showroom kami.

Buat masa ini waktu fleksibel kami untuk menerima sebarang kunjungan dari para pelanggan adalah seperti berikut:
:: Isnin hingga Jumaat ~~ 8.30pm to 10.30pm
:: Sabtu & Ahad ~~ 10.30am to 10.30pm

Terlebih dahulu, kami memohon maaf sekiranya terdapat kesulitan para pelanggan berkunjung ke lokasi kami. Perancangan Narr buat masa ini ingin mencari lokasi yang lebih memudahkan para pelanggan berkunjung ke showroom kami.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah datang ke showroom Narr. Kami hargai segala sokongan anda semua dan terima kasih kerana memahami situasi kami...

Thursday, April 16, 2009

Kenal Kami..

Narr Bridal @ Andaman Narr telah ditubuhkan pada December 2006 yang lalu. Alhamdulilah, atas sokongan dari pelbagai pihak, Narr Bridal @ Andaman Narr mula dikenali di kalangan bakal mempelai. Dengan motto 'Abadikan Kenangan Terindah' Narr Bridal @ Andaman Narr berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik khas untuk bakal mempelai sebagai kenangan terindah mereka.

Jangan keliru, Andaman Narr atau Narr Bridal adalah satu butik pengantin yang sama. Buat masa ini, Narr Bridal @ Andaman Narr mempunyai lebih kurang 30 koleksi pakaian pengantin dari pelbagai warna dan design. Bakal mempelai boleh datang ke showroom kami yang terletak di Bandar Damansara Perdana (by appointment only) untuk memilih baju pengantin pillihan mereka. Jika kalangan mempelai yang inginkan sepasang pakaian pengantin baru mengikut tema warna dan design mereka, Narr Bridal @ Andaman Narr akan 'Abadikan Kenangan Terindah' mereka melalui pakaian pengantin mengikut design yang diingini.

Narr Bridal @ Andaman Narr juga menyediakan pakej perkahwinan dengan harga yang berpatutan. Bagi bakal mempelai yang mempunyai budget yang minima, Narr Bridal @ Andaman Narr lah tempatnya untuk mempelai mencari pakej perkahwinan yang diingini..

Sunday, March 22, 2009

Persandingan Mas & pasangan

Majlis Mas dan pasangan berlangsung pada 1 March 2009 di Pandan Indah.

Gambar atas: Sebelum make-up

Gambar atas : Selepas make-up


Tema pilihan Mas ~ Purple

Saya dari Andaman Narr mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Mas dan pasangan.
Terima kasih kepada Sapiah Seri Andaman kerana menyumbangkan baju dan aksesori pengantin. :)

Saturday, March 21, 2009

Infor terkini

Andaman Narr akan mengumumkan promosi pertama untuk tahun 2009 pada 25 March nanti..
Nantikan promosi tersebut..

Friday, March 20, 2009

Pakej Perkahwinan 2009

Andaman Narr telah membuat beberapa pengubahsuaian berkenaan harga pakej 2009, sesuai dengan kehendak semasa dan permintaan pelanggan.

Senarai pakej perkahwinan 2009 tertera di sebelah kanan blog ini..

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan emelkan kepada naritahanimsbridal@yahoo.com atau naritahanimsbridal@gmail.com

Anda juga boleh menghubungi Andaman Narr di talian 017-3316074

Terima kasih.

Monday, March 9, 2009

Pelamin Kak G

Majlis bertandang dijalankan di PULAPOR pada 01.03.09 iaitu sama tarikh dengan majlis persandingan Shikin dan Syed.




Terima kasih kepada kak Gee kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merialisasikan pelamin impiannya khas untuk anak lelakinya.
Saya agak terlupa nama pasangan pengantin ini kerana pihak kami hanya banyak berurusan dengan Kak G saja.. (bonda pengantin lelaki)

Sunday, March 8, 2009

Pelamin Shikin & Syed

Syikin pernah menggunakan khidmat Andaman Narr semasa majlis pertunangannya tahun lalu.
Kali ini Shikin sekali lagi, membuat tempahan pelamin dari kami.
Majlis berlangsung di Dewan Jenjarum, Seksyen 11 Shah Alam pada 1 March 2009


Gambar : Dewan Jejarum MBSA, Seksyen 11 Shah Alam
Gambar atas - Jarak jauh

Gambar atas: Pelamin - jarak dekat

Gambar atas: Arch

Proses pemasangan pelamin dilakukan pada awal pagi 01.03.09
Seawal pukul 8 pagi, tenaga kerja Andaman Narr sudah berada di lokasi untuk proses pemasangan pelamin. Pada mulanya saya agak risau jika tidak dapat menyiapkan pelamin dalam tempoh 2 jam. Kerana menurut Syed, pagi tersebut juga akan diadakan majlis cukur jambul untuk anak saudaranya yang pertama.
Alhamdulilah, semua proses berjalan baik mengikut perancangan.
Terima kasih kepada Shikin dan Syed..
Selamat Pengantin Baru dari kami..

Thursday, February 19, 2009

Resepsi Zura & Aziz

Majlis resepsi Azura dan Aziz.

Sangat mudah sekali berurusan dengan mereka berdua ni. Andaman Narr mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk mereka...

Gambar atas: sebelum solekan

Gambar atas: Selepas solekan

Sama cantik sama padan...


Nama pelanggan : Zura & Ku Aziz
Tarikh & lokasi majlis : 14.02.09 & Tropicana Golf Club
Wardrobe : Koleksi Zura
Make-up: Andaman Narr

Monday, February 9, 2009

Pakaian Pengantin Untuk Dijual

Andaman Narr dalam usaha menaik taraf koleksi pakaian pengantin kami.

Oleh itu, berita baik kepada bakal2 mak andam dan mak andam baru yg menceburkan diri dalam perniagaan pengantin ini, kami menawarkan jualan pakaian pengantin terpakai dengan harga berpatutan.

Lawati link disebelah ----->> http://andamannarr-busana.blogspot.com untuk melihat gambar koleksi kami.

Khidmat penghantaran pos laju disediakan dengan harga yg berpatutan.

Rgrds
Butik Pengantin Narr
Tel no : 017-3316074
emel : naritahanimsbridal@yahoo.com

Wednesday, February 4, 2009

Pertunangan Iena

Pada 30.01.09, saya menerima panggilan telefon, memperkenalkan dirinya sebagai Ema.
Saya seperti biasa melayan setiap pertanyaan pelanggan dengan tenang.

Selepas beberapa soalan diajukan kepada saya, Ema pun bersetuju untuk meminta saya menata rias adiknya untuk majlis pertunangan. Lalu saya bertanya tarikh majlis pertunangan tersebut.

Terkejut saya bila Ema nyatakan tarikh majlis pertunangan ialah 31.01.09 iaitu pada esok hari.

Selepas Ema memujuk, lalu saya pun bersetuju untuk menyolekkan adiknya untuk majlis pertunangan. Tapi saya perlu hadir ke rumahnya awal pagi lebih kurang pukul 9 pagi kerana saya mempunyai tugasan lain pada pukul 10.30pagi. Mujurlah majlis pertunangannya pun akan diadakan lebih kurang pukul 12 tengah hari.

Gambar atas: Sebelum solekan


Gambar atas : Selepas solekan

SELAMAT BERTUNANG

Nama Pelanggan : Iena
Tarikh majlis & lokasi : 31.01.09 & Seksyen 18, Shah Alam
Wardrobe & aksesori : Koleksi Iena
Solekan : Butik Pengantin Narr

Monday, February 2, 2009

Persandingan Zila & Shukri

Majlis nikahnya pada 27 Dec 08, manakala sandingnya pada 17 Jan 09.

Terima kasih kepada pasangan Zila & Shukri serta keluarga di atas layanan baik kalian kepada kami. Sesungguhnya kami gembira kerana menjadi sebahagian dari mereka yg bertanggungjawab menguruskan majlis perkahwinan anda berdua..

Gambar atas: Bertemakan biru + putih

Gambar atas : Sebahagian dari ahli keluarga mempelai.
Gambar atas : Menggayakan pakaian traditional Jawa pada malam berinai.
Lokasi & Tarikh : Sg Besi :: 17 Jan 09
Make-up : Narr
Wardrobe : Butik Pengantin Narr
Aksesori : Butik Pengantin Narr
Hiasan Pelamin : Butik Pengantin Narr