Thursday, April 30, 2009

Tawaran Harga Koleksi Songket

saya ingin memberi sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung2 blog Andaman Narr yang sudi melihat hasil kerja kami melalui blog ini.

Suka saya ingatkan disini, Andaman Narr@Narr Bridal adalah sebuah perniagaan industri perkahwinan yang beroperasi secara kecil2an dari salah sebuah unit pangsapuri di Apartment Flora Damansara. Memang agak sukar jika pelanggan-pelanggan ingin melihat ke showroom kami dan membuat perbincangan sekiranya anda tidak mengetahui lokasi sebenar apartment tersebut. Saya memohon ribuan kemaafan jika para pelanggan agak sukar mencari lokasi premis kami. Namun, saya sering memberitahu kepada pelanggan bahawa lokasi apartment Andaman Narr terletak di kawasan Damansara Perdana dan berhampiran IKEA & The Curve.

Ada juga pelanggan yang merungut 'sudahlah sukar mencari lokasi, tapi apa yg dipamerkan di showroom kami tidak seperti apa yg dijangka...'

Saya sedar, dlm usia setahun jagung masih byk kekurangan yg perlu kami baiki dan atasi demi memuaskan kehendak pelanggan dan meningkatkan taraf servis kami.

Buat masa ini, di apartment ini lah saja kami beroperasi dan memang kami mempunyai niat untuk berpindah ke lokasi baru yg lebih selesa.

KOLEKSI SONGKET UNTUK DISEWA

Oleh itu, disini kami pamerkan koleksi songket yg ada dalam simpanan Andaman mailto:Narr@Narr Bridal untuk memudahkan para pelanggan membuat pilihan. Jika pelanggan berkenan dengan salah satu songket yg kami pamerkan, anda boleh menghubungi kami untuk pertanyaan lanjut dan tempahan.

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, semestinya majlis perkahwinan akan berlangsung disana sini. Kali ini Andaman Narr @ Narr Bridal memberi harga istimewa untuk sewaan pakaian songket tanpa package.

Songket bunga tabur warna cokelat, ungu, marron, biru = RM280 (harga sewaan asal:RM350)
Songket bunga penuh warna putih silver = RM250 (harga sewaan asal: RM350)

Songket bunga tabur cokelat

Songket bunga tabur Ungu


Songket bunga tabor marron


Songket bunga tabur biru



Songket bunga penuh silver putih
Harga sewaan baju adalah termasuk aksesori asas:~
Perempuan : tudung, veil, bunga tangan, crown, kasut
Lelaki : sampin & tanjak, keris dan rantai lelaki
Para pelanggan boleh membuat tempahan sewaan dengan harga promosi ini sepanjang bulan Mei 2009 dan tarikh majlis anda adalah untuk sepanjang tahun 2009 sahaja..


Saturday, April 18, 2009

Sekilas Infor..

Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi melawat laman blog Narr. Di sini kami ingin gambarkan kepada anda showroom Andaman Narr yang terletak di salah satu unit apartment di Bandar Damansara Perdana.


Anda dinasihatkan membuat temujanji terlebih dahulu jika anda berminat untuk berbincang secara detail mengenai pakej perkahwinan dan melawat ke showroom kami.

Buat masa ini waktu fleksibel kami untuk menerima sebarang kunjungan dari para pelanggan adalah seperti berikut:
:: Isnin hingga Jumaat ~~ 8.30pm to 10.30pm
:: Sabtu & Ahad ~~ 10.30am to 10.30pm

Terlebih dahulu, kami memohon maaf sekiranya terdapat kesulitan para pelanggan berkunjung ke lokasi kami. Perancangan Narr buat masa ini ingin mencari lokasi yang lebih memudahkan para pelanggan berkunjung ke showroom kami.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah datang ke showroom Narr. Kami hargai segala sokongan anda semua dan terima kasih kerana memahami situasi kami...

Thursday, April 16, 2009

Kenal Kami..

Narr Bridal @ Andaman Narr telah ditubuhkan pada December 2006 yang lalu. Alhamdulilah, atas sokongan dari pelbagai pihak, Narr Bridal @ Andaman Narr mula dikenali di kalangan bakal mempelai. Dengan motto 'Abadikan Kenangan Terindah' Narr Bridal @ Andaman Narr berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik khas untuk bakal mempelai sebagai kenangan terindah mereka.

Jangan keliru, Andaman Narr atau Narr Bridal adalah satu butik pengantin yang sama. Buat masa ini, Narr Bridal @ Andaman Narr mempunyai lebih kurang 30 koleksi pakaian pengantin dari pelbagai warna dan design. Bakal mempelai boleh datang ke showroom kami yang terletak di Bandar Damansara Perdana (by appointment only) untuk memilih baju pengantin pillihan mereka. Jika kalangan mempelai yang inginkan sepasang pakaian pengantin baru mengikut tema warna dan design mereka, Narr Bridal @ Andaman Narr akan 'Abadikan Kenangan Terindah' mereka melalui pakaian pengantin mengikut design yang diingini.

Narr Bridal @ Andaman Narr juga menyediakan pakej perkahwinan dengan harga yang berpatutan. Bagi bakal mempelai yang mempunyai budget yang minima, Narr Bridal @ Andaman Narr lah tempatnya untuk mempelai mencari pakej perkahwinan yang diingini..