Thursday, February 19, 2009

Resepsi Zura & Aziz

Majlis resepsi Azura dan Aziz.

Sangat mudah sekali berurusan dengan mereka berdua ni. Andaman Narr mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk mereka...

Gambar atas: sebelum solekan

Gambar atas: Selepas solekan

Sama cantik sama padan...


Nama pelanggan : Zura & Ku Aziz
Tarikh & lokasi majlis : 14.02.09 & Tropicana Golf Club
Wardrobe : Koleksi Zura
Make-up: Andaman Narr

Monday, February 9, 2009

Pakaian Pengantin Untuk Dijual

Andaman Narr dalam usaha menaik taraf koleksi pakaian pengantin kami.

Oleh itu, berita baik kepada bakal2 mak andam dan mak andam baru yg menceburkan diri dalam perniagaan pengantin ini, kami menawarkan jualan pakaian pengantin terpakai dengan harga berpatutan.

Lawati link disebelah ----->> http://andamannarr-busana.blogspot.com untuk melihat gambar koleksi kami.

Khidmat penghantaran pos laju disediakan dengan harga yg berpatutan.

Rgrds
Butik Pengantin Narr
Tel no : 017-3316074
emel : naritahanimsbridal@yahoo.com

Wednesday, February 4, 2009

Pertunangan Iena

Pada 30.01.09, saya menerima panggilan telefon, memperkenalkan dirinya sebagai Ema.
Saya seperti biasa melayan setiap pertanyaan pelanggan dengan tenang.

Selepas beberapa soalan diajukan kepada saya, Ema pun bersetuju untuk meminta saya menata rias adiknya untuk majlis pertunangan. Lalu saya bertanya tarikh majlis pertunangan tersebut.

Terkejut saya bila Ema nyatakan tarikh majlis pertunangan ialah 31.01.09 iaitu pada esok hari.

Selepas Ema memujuk, lalu saya pun bersetuju untuk menyolekkan adiknya untuk majlis pertunangan. Tapi saya perlu hadir ke rumahnya awal pagi lebih kurang pukul 9 pagi kerana saya mempunyai tugasan lain pada pukul 10.30pagi. Mujurlah majlis pertunangannya pun akan diadakan lebih kurang pukul 12 tengah hari.

Gambar atas: Sebelum solekan


Gambar atas : Selepas solekan

SELAMAT BERTUNANG

Nama Pelanggan : Iena
Tarikh majlis & lokasi : 31.01.09 & Seksyen 18, Shah Alam
Wardrobe & aksesori : Koleksi Iena
Solekan : Butik Pengantin Narr

Monday, February 2, 2009

Persandingan Zila & Shukri

Majlis nikahnya pada 27 Dec 08, manakala sandingnya pada 17 Jan 09.

Terima kasih kepada pasangan Zila & Shukri serta keluarga di atas layanan baik kalian kepada kami. Sesungguhnya kami gembira kerana menjadi sebahagian dari mereka yg bertanggungjawab menguruskan majlis perkahwinan anda berdua..

Gambar atas: Bertemakan biru + putih

Gambar atas : Sebahagian dari ahli keluarga mempelai.
Gambar atas : Menggayakan pakaian traditional Jawa pada malam berinai.
Lokasi & Tarikh : Sg Besi :: 17 Jan 09
Make-up : Narr
Wardrobe : Butik Pengantin Narr
Aksesori : Butik Pengantin Narr
Hiasan Pelamin : Butik Pengantin Narr

Friday, January 16, 2009

Engagement for Hani

Hanya panggilan telefon dan SMS.. kemudian Hani terus membuat bayaran deposit.

Tempahan dari Hani diterima dengan hati terbuka oleh Narr.. Amat mudah berurusan dgn beliau..

Sebelum make-up

Selepas makeup


Di atas singgahasana pelamin

Selamat bertunang..

Nama pelanggan : Hani

Lokasi & Tarikh : Seksyen 11, Shah Alam & 4 Jan 2009

Make-up by : Narr

Aksesori : Butik Pengantin Narr

Wardrobe : Koleksi Hani

Pelamin Tunang : Butik Pengantin Narr

Wednesday, January 14, 2009

Ziela & Shukri

Ziela & Shukri selamat melangsungkan majlis pernikahan pada 27 Dec 08. Tahniah diucapkan kepada mereka..

Nantikan majlis malam berinai dan majlis bersanding Ziela pada 17 Jan 09..







Nama : Ziela & Shukri
Lokasi : Sg Besi
Tarikh : 27 Dec 2008
Makeup by : Narr
Wardrobe & Aksesori : Butik Pengantin Narr

Saturday, January 10, 2009

Ima & Adi

Ima dan Adi mengalami kesukaran ketika mencari lokasi kediaman Andaman Narr. Mungkin tidak biasa dengan area Damansara Perdana agaknya.. Akhirnya dapat juga mencari lokasi NARR..

Terima kasih kepada Ima & Adi kerana memberi kepercayaan kepada Narr untuk menjadi sebahagian dari warga kerja untuk menjayakan majlis perkahwinan you all..

You all nie memang very loving couple dan inilah pertama kali saya berjumpa dengan pasangan pengantin yang sangat laa loving di hadapan mak andam.. hehehe..

Sebelum makeup



Selepas make-up

Selepas majlis nikah

Ketika melangkah ke dewan santapan


Mata bertentang mata


Acara suap menyuap..

Beberapa gambar diambil dari blog pengantin..
Nama : Ima & Adi
Lokasi majlis : Pandan Indah
Tarikh majlis : 6 Dec 2008
Makeup by : Narr
Wardrobe && aksesori : Butik Pengantin Narr

Wednesday, January 7, 2009

Hasmuni Untuk Majlis Bertandang

Hasmuni emel kepada Narr beberapa hari sebelum tarikh majlisnya. Memandangkan Narr terlewat membalas emelnya, dia terus menghubungi saya petang hari Jumaat.

Nasib baik saya tidak ada apa-apa booking pada tarikh tersebut..

Alhamdulilah.. make-up selesai tepat jam 12 tengah hari...


Sebelum make-up

Selepas make-up

Terima kasih ye Hasmuni for ur support..
Nama : Hasmuni
Lokasi Mekap : Subang Perdana
Tarikh : 25 Oct 2008 (Sabtu)
Make up by : Narr
Pakaian & aksesori : Koleksi pelanggan

Monday, January 5, 2009

Selama Datang :: Welcome

Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung2 blog Andaman Narr.

Bermula hari ini, segala 'update' dari segi gambar, informasi berkenaan promosi atau infor terkini kami akan diumumkan melalui blog ini.

Jika anda ingin melihat hasil kerja Andaman Narr yang terdahulu, anda boleh melayari http://andamannarr.fotopages.com

Selain itu, pakej pertunangan dan perkahwinan 2009 telah dipamerkan di sebelah kanan blog Andaman Narr.

Terima kasih kepada semua sahabat, saudara mara yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah byk memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam usaha memberikan satu servis yang terbaik untuk para pelanggan NARR.

NARR sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan dan kualiti pakaian pengantin serta pelamin NARR.

Tak lupa juga, sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah menggunakan servis NARR. Sepuluh jari disusun memohon maaf sekiranya ada kekurangan ketika pihak NARR mengedalikan majlis anda.