Thursday, February 19, 2009

Resepsi Zura & Aziz

Majlis resepsi Azura dan Aziz.

Sangat mudah sekali berurusan dengan mereka berdua ni. Andaman Narr mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk mereka...

Gambar atas: sebelum solekan

Gambar atas: Selepas solekan

Sama cantik sama padan...


Nama pelanggan : Zura & Ku Aziz
Tarikh & lokasi majlis : 14.02.09 & Tropicana Golf Club
Wardrobe : Koleksi Zura
Make-up: Andaman Narr

Monday, February 9, 2009

Pakaian Pengantin Untuk Dijual

Andaman Narr dalam usaha menaik taraf koleksi pakaian pengantin kami.

Oleh itu, berita baik kepada bakal2 mak andam dan mak andam baru yg menceburkan diri dalam perniagaan pengantin ini, kami menawarkan jualan pakaian pengantin terpakai dengan harga berpatutan.

Lawati link disebelah ----->> http://andamannarr-busana.blogspot.com untuk melihat gambar koleksi kami.

Khidmat penghantaran pos laju disediakan dengan harga yg berpatutan.

Rgrds
Butik Pengantin Narr
Tel no : 017-3316074
emel : naritahanimsbridal@yahoo.com

Wednesday, February 4, 2009

Pertunangan Iena

Pada 30.01.09, saya menerima panggilan telefon, memperkenalkan dirinya sebagai Ema.
Saya seperti biasa melayan setiap pertanyaan pelanggan dengan tenang.

Selepas beberapa soalan diajukan kepada saya, Ema pun bersetuju untuk meminta saya menata rias adiknya untuk majlis pertunangan. Lalu saya bertanya tarikh majlis pertunangan tersebut.

Terkejut saya bila Ema nyatakan tarikh majlis pertunangan ialah 31.01.09 iaitu pada esok hari.

Selepas Ema memujuk, lalu saya pun bersetuju untuk menyolekkan adiknya untuk majlis pertunangan. Tapi saya perlu hadir ke rumahnya awal pagi lebih kurang pukul 9 pagi kerana saya mempunyai tugasan lain pada pukul 10.30pagi. Mujurlah majlis pertunangannya pun akan diadakan lebih kurang pukul 12 tengah hari.

Gambar atas: Sebelum solekan


Gambar atas : Selepas solekan

SELAMAT BERTUNANG

Nama Pelanggan : Iena
Tarikh majlis & lokasi : 31.01.09 & Seksyen 18, Shah Alam
Wardrobe & aksesori : Koleksi Iena
Solekan : Butik Pengantin Narr

Monday, February 2, 2009

Persandingan Zila & Shukri

Majlis nikahnya pada 27 Dec 08, manakala sandingnya pada 17 Jan 09.

Terima kasih kepada pasangan Zila & Shukri serta keluarga di atas layanan baik kalian kepada kami. Sesungguhnya kami gembira kerana menjadi sebahagian dari mereka yg bertanggungjawab menguruskan majlis perkahwinan anda berdua..

Gambar atas: Bertemakan biru + putih

Gambar atas : Sebahagian dari ahli keluarga mempelai.
Gambar atas : Menggayakan pakaian traditional Jawa pada malam berinai.
Lokasi & Tarikh : Sg Besi :: 17 Jan 09
Make-up : Narr
Wardrobe : Butik Pengantin Narr
Aksesori : Butik Pengantin Narr
Hiasan Pelamin : Butik Pengantin Narr