Wednesday, February 4, 2009

Pertunangan Iena

Pada 30.01.09, saya menerima panggilan telefon, memperkenalkan dirinya sebagai Ema.
Saya seperti biasa melayan setiap pertanyaan pelanggan dengan tenang.

Selepas beberapa soalan diajukan kepada saya, Ema pun bersetuju untuk meminta saya menata rias adiknya untuk majlis pertunangan. Lalu saya bertanya tarikh majlis pertunangan tersebut.

Terkejut saya bila Ema nyatakan tarikh majlis pertunangan ialah 31.01.09 iaitu pada esok hari.

Selepas Ema memujuk, lalu saya pun bersetuju untuk menyolekkan adiknya untuk majlis pertunangan. Tapi saya perlu hadir ke rumahnya awal pagi lebih kurang pukul 9 pagi kerana saya mempunyai tugasan lain pada pukul 10.30pagi. Mujurlah majlis pertunangannya pun akan diadakan lebih kurang pukul 12 tengah hari.

Gambar atas: Sebelum solekan


Gambar atas : Selepas solekan

SELAMAT BERTUNANG

Nama Pelanggan : Iena
Tarikh majlis & lokasi : 31.01.09 & Seksyen 18, Shah Alam
Wardrobe & aksesori : Koleksi Iena
Solekan : Butik Pengantin Narr

No comments:

Post a Comment